Kematian

Ya Allah jarangnya aku mengingati kematian
padahal kematian itu sgt hampir dengan kita.
jika tadi kita tertawa..
siapa sangka sebentar lagi kita
terkujur kaku..lidah terkelu..badan terasa sebu
menunjukkan nyawa di hujung waktu

kematian itu datang mengejut
kematian memberi keinsafan kepada yg masih hidup
setiap yang hidup pasti merasai mati
adakah kita sudah sedia menyahut panggilan ilahi
takutlah wahai hati terhadap mati
semoga terbantut segala maksiat yg ingin dilakukan
setiap kali ingin membuat noda..
ingatlah mati

andai kata selepas itu kita mati tanpa sempat bertaubat
apelah nasib wahai hati...

seketika tadi saya kehilangan sahabat semasa kanak2..
ahmad akhtar bin nordin
telah menyahut panggilan ilahi meninggalkan
ibubapanya yg tersyg..
sahabat taulan dan dunia yg sementara..
sebaknya dirasakan..spt baru smalam berpisah
kini berpisah selamanya

betulah kata orang..
sesunngunya kematian itu pasti meninggalkan
rasa keinsafan dalam diri..
terutamanya jika ia ada kaitan dgn diri sendiri
rasa takut..rasa bekalan tidak cukup..
dalam bulan ramadhan plak tuh
hari hujan..rasa tenang aman...
mudah untuk si hati ini menangis ketakutan..
mudah untuk rasa keinsafan yg mendalam..
terlalu banyak salahnya...
kalaulah esok tiada...

semoga roh arwah dicucuri rahmat..diluaskan tempat semadinya
dengan keberkatan ramadhan ini ampunilah dosanya dan terimalah segala amalannya ya Allah
aminn.

:::mengingati mati adalah sunat:::

Al fatihah buat arwah ustaz ahmad Akhtar bin Nordin 
1989-2010

Sabda rasul saw:

“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan dlm keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dlm keadaan sedikit (amalan )melainkan memperbanyakkannya.”

Hadis riwayat al Baihaqi drp ibn Umar radiallahu anhuma. 



Daripada ibn umar radiallahu anhuma berkata:
 “Rasulullah bersabda: Jadilah dirimu di dunia ini seumpama engkau Gharib (org yg dagang, kembara/pendatang) atau seperti sedang bermusafir di jalanan (lalu di jalan)”

 (Hadis Riwayat Bukhari )
2 Responses

  1. saufiahmad Says:

    :) eh ader plk dier x wat kuih er miahaha