mari kita berpecah
Di sana sini aku dengar tentang perkara ini. Waktu berbual di kedai makan, ketika bersembang di kedai Tom Yam kampung Melayu, atau ketika duduk-duduk dengan entah siapa-siapa entah yang sama-sama menunggu KTM sampai ke destinasi tujuan. Perkara tentang ‘perpaduan umat Melayu’ ini sudah menjadi harapan dan impian segelintir masyarakat, yang kebanyakannya melihat perpecahan di kalangan umat Melayu ini sudah sampai ke tahap paling runcing sejak zaman Hang Tuah. Malah, masyarakat di zaman Hang Tuah itu sendiri pernah berpecah belah masyarakatnya dalam krisis pemberontakan Hang Jebat kepada Sultan Melaka satu ketika dahulu.
Aku bukan mahu bersikap sinis atau mahu memperkecilkan impian mereka yang kerap bercakap tentang ini. Setiap kali ada isu yang melibatkan pertentangan antara dua belah pihak berbeza parti, namun sama bangsanya iatu Melayu, maka mereka-mereka ini akan mengatakan perkara dan ayat yang sama:
“Apa nak jadi la ni? Sesama bangsa pun nak bergaduh ke?”
“Sudah-sudah lah tu bergaduh sesama bangsa ni. Jangan lah berpecah lagi”
Tidak. Aku bukan hendak katakan apa yang dicakapkan itu salah. Apa yang dikatakan itu betul, dan datang dari hati yang betul-betul cintakan keamanan dan mahu melihat perpaduan supaya negara ini akan bertambah makmur dan lebih berkat (ini macam ayat khutbah jumaat saja).
Namun, aku suka hendak mengigatkan mereka-mereka ini tentang sirah perjuangan Rasulullah SAW dahulu. Aku harap mereka semua masih ingat kisah Abu Talib dan anak saudaranya itu.
Abu Talib ialah seorang yang cintakan perpaduan. Kerana itu dia berulang kali menasihati Rasulullah SAW supaya menghentikan dakwah baginda kerana beliau melihat dakwah baginda akan memecahbelahkan orang-orang Arab di Mekah ketika itu.
Namun apa jawab baginda?
” Wahai pamanku seandainya matahari diletakkan ditangan kananku dan bulan diletakkan ditangan kiriku agar aku berhenti berdakwah, maka aku tetap tidak mau.hingga Allah menegakkannya atau membinasakan yang lainnya."
Dari ketegasan Nabi mahu terus berdakwah itu, adakah boleh dikatakan bahawa Rasulullah SAW ialah orang yang sukakan perpecahan dan mahu melihat pertumpahan darah?
Ya. Sememenagnya Nabi sukakan perpecahan. Seseorang yang mempunyai kesedaran akan rosaknya masyarkat pada zaman itu tidak akan mahu melihat adanya perpaduan antara yang batil dengan yang benar, antara yang zalim dengan yang adil.
Kerana itu Nabi tetap meneruskan dakwah, walaupun ternyata dakwahnya itu betul-betul mencetuskan perpecahan di kalangan kaum Arab, sehingga membawa kepada beberapa siri pertumpahan darah di medan Badar dan seterusnya di medan-medan lain.
Haruslah disedari, bahawa untuk sesuatu revolusi dan perubahan sistem dapat berlaku, adalah sunnatullah bahawa pasti akan ada perpecahan dan pasti akan ada yang terkorban. Namun itulah proses pembersihan. Yang batil harus dibunuh dan dimatikan serta dipisah-pisah, dicerai berai dari kesatuan dengan manusia lain, agar mereka ini tidak terus-terusan melakukan hasutan dan keroasakan di atas muka bumi ini.
Sesiapa yang mahu terus berada di dalam kezaliman, maka meraka akan memilih untuk berpecah dan berpisah dari gelombang kebangkitan perubahan. Sesiapa yang mahukan perubahan, mereka juga akan berpecah dan berpisah meninggalkan gerakan Assabiyah menuju kepada gerakan yang memperjuangkan sistem yang diturunkan ilahi untuk dunia yang lebih aman dan damai. Jadi, perpecahan ini memang tidak boleh dielakkan.
Cakap-cakap yang mahukan perpaduan itu bagiku ialah satu terma yang baru-baru ini sahaja diadakan, selepas PRU 2008, ketika segelintir pihak yang selama ini merompak harta rakyat atas nama Ketuanan Bangsa merasakan diri mereka terancam.
Mahu berpadu? Tidak ada masalah. Marilah kita berpadu di bawah bendera Islam dan keadilan yang dibawanya.
Perpaduan itu perlulah perpaduan yang berkat dan atas kesedaran mahu menegakkan Islam. Peprbezaan mazhab dan sebagainya itu tidak perlualh dikisahkan sangat kerana itu hanyalah perbezaan pendapat antara ulama, bukannya perbezaan antara akidah dan kepercayaan. Yang aku katakan tidak harus bercampur ialah dua perjuangan yang nyata berbeza, iatu yang satu mahu terus dengan kerjanya mahu menayangkan budaya lucah kepada masyarakat, dan yang satu lagi betul-betul mahu sistem Islam ditegakkan di negara ini. Yang satu itu semaikn lama semakin songsang pemahaman Islam nya sehinggakan orang-orang bukan Islam seperti Chua Soi Lek pun boleh keliru dengan agama ini, sedang yang satu lagi itu terus-terusan menonjolkan apa itu Islam dan budaa syumul yang dibawanya melalui ketelusan pentadbiran dan merendah diri tidak bermewah-mewah sehinggakan Karpal yang keras kepala itu tiba-tiba mahu berbincang dengan Nik Aziz tentang Islam dan keindahan sistemnya (aku doakan semoga Allah membukan hati mereka untuk melihat kebaikan Islam).
Segerombolan perompak dan penyamun pun boleh bersatu juga untuk merompak dan mencuri harta orang ramai. Namun, adakah perpaduan mereka itu perpaduan yang baik?
Kerana itu aku katakan aku tidak kisah melihat perpecahan yang berlaku, kerana hasilnya nanti akan jelaslah kepada kita, yang mana satu yang batil dan yang mana satu benar. Tidaklah nanti susah mahu melihat dengan teliti seolah-seolah seperti mahu mencari permata di celahan kaca, kerana yang munafik itu nanti akan jelas kemunafikannya.
Mari kita berpecah. Kerana perpaduan yang akan terhasil selepas perpecahan dengan yang batil itu nanti akan menghasilkan perpaduan yang benar-benar diredhai Allah SWT.
-Artikel ini boleh disebar-sebarkan untuk perpecahan-
:::keharokkan apekah yang terjadi:::
perkasam= racist
ok enu about that...saya sudah abes intern saya..hoorey..sonoknyer...well jom lihat ari2 last saufi ahmad di LAdang infoternak
kerusi yg slalu saufi ahmad lepaks...bgayut n sbgnyer :)
bsame amin semanggoi...nak punch kali last neh
yea dah abes intern :))
yeah muke bangge
banyak kali ponteng agagagag..bkan ponteng tp malas nak punch..keje g keje
saya nak mengucapkan ribuan terima kasih buat semua..tqvm!!
eh ehhhhh, sape baju kuning tuh?xpenah nmpk ponn...:P
(bajet mcm kenal semue org kann...hihi)
tahniah2 dah abes LI....^^
terima kasih..hadiah mane hadiah??