Di Penjara Janji
ok jom aku nakkongsi satu buah idea memang bernas..kalo kiter leh tgok akademi fantasia mentor dan sbgnyer.,..kenaper tidak luangkan masa untuk ini...kalo kiter leh bacer novel tebal2...kenaper x artikel yg pendek ini
Masyarakat Malaysia, orang muda terutamanya, ada yang sudah hilang kelayakan untuk memimpin. Saya tidak katakan semua. Bukanlah mereka ini tidak mempunyai akal yang sihat, memandangkan ramai yang membesar dengan bermacam susu tepung yang penuh dengan DHA,BAA,DAA,JAA,KAA dan entah apa-apa lagi yang disumbat dalam itu. Asalnya, akal yang ada itu memang cukup sihat, dan mampu memikir perkara-perkara besar, dari hal-hal penting umat, tentang kebesaran Yang Maha Pencipta, serta mampu menyelesai masalah-masalah besar dalam hidup.
Cuma, masalahnya sekarang, ialah akal yang pada lahirnya tadi mampu, sudah ditumpulkan dan dibonsaikan! Umpama kita melihat pada pokok-pokok kecil yang dibonsaikan, yang sekarang ada dijual di merata-rata Nursery. Lihatlah, pada asalnya, pokok yang penuh dengan daun dan ranting itu, dipotong-potong, dicabut-cabut dahannya, sehingga jadilah ia togel dan berbentuk yang pelik-pelik, mengikut kehendak tukang bonsai. Begitulah akal yang dibonsaikan. Akal itu penuh dan bercabang-cabang dengan berbagai idea, kemudian habis jadi togel dikerjakan. Maka, bagaimana sampai ini terjadi?
1. Pertama, ialah bila akal muda remaja itu tadi dihalang, dipaksa tahan, dari berfikir. Ini berlaku bila ada segelintir, iani sebilangan pihak, yang takut pada kekuatan pemikiran anak muda. Pada anak muda, apa yang dilihat akal mereka, ialah memandang pada perkara ke hadapan. Akal mereka neutral, akal mereka cergas bertenaga, untuk mengeluarkan idea-idea yang baharu, dan itu dikuatkan lagi dengan fizikal yang masih utuh, sesuai dengan nama remaja itu tadi.
Izinkanlah diri kita memandang ke belakang sebentar, menyelak jendela-jendela sejarah dunia. Lihat bagaimana nama-nama seperti Saidina Ali, Tariq bin Ziyad, dan nama-nama lain seperti Napoleon Bonaparte, Lenin, dan sebagainya. Ini tokoh-tokoh yang mengubah dunia pada zaman muda mereka. (mari kita tolak sebentar ideologi salah sebahagian mereka, kerana apa yang ingin disampaikan di sini ialah fakta kebenaran bahawa pemikiran anak mudalah yang banyak mengubah dunia).
Kerana itu ramai pihak yang takut pada anak muda yang mampu berfikir luas dan memiliki ranting-ranting idea yang lebat pada pokok akal mereka. Sebabnya adalah, kerana anak muda ini nanti pasti akan mengubah dan menghukum kebejatan dan ketamakan sosial golongan-golongan pemuja kapitalis ini.
2. Kedua, ialah bila akal anak muda remaja itu tadi, berjaya diprogramkan. Komputer tidak akan sesuka hati berfungsi, kecuali hanya mengikut apa yang diprogramkan ia untuk dilakukan. Maka, akal yang berjaya diprogramkan, hanya akan berfikir mengikut apa yang telah diprogramkan mereka untuk berfikir. Maka dalam kes anak muda, mereka telah diprogramkan hanya untuk berfikir pada hal yang remeh-temeh belaka. Sibuk dengan cerita bahagia kemudian cerai ‘super setar-super setar’ Malaysia, cerita kawan serumah mereka baru ‘clash’ dengan balak barunya, dan ini memang kenyataan! Bukalah fesbuk kalau hendak tengok sendiri secara langsung.
Inilah antara contoh pemikiran yang tiada agenda bermanfaat di dalamnya. Maafkan saya kalau sedikit pedas di sini, kerana saya tidak tahu lagi bagaimana mahu mengatakannya secara berkias.
Jadi, lihatlah pada falsafah pokok bonsai; yang hilang ranting-rantingnya dan menjadi togel dengan berbagai bentuk mengikut acuan tukang ‘pembonsai’.
Sudah tentu, tukang pembonsai itu tiada lain, ialah ‘golongan-golongan’ penagih tegar kuasa dan harta, tidak kisahlah mereka itu dari Barat pun, kerana yang beragama Islam dan Melayu itu pun ramai juga yang begitu perangainya. Manakala, gunting tajam untuk membuat corak bonsai pada akal anak muda kita, juga tidak mengejutkan, ialah media, dan sekali lagi saya katakan, tidak kisahlah mereka itu media kafir di Amerika sana pun, kerana media yang beragama Islam pun, yang baca Yassin sampai berbuih pun, sama dua kali lima perangainya. Barangkali, mereka membaca dan langsung tidak faham apa yang dibacakan.Maka samalah mereka itu seperti burung murai.
-Burung apa?
“Burung Murai!” (jawab dengan ceria)
-Burung apa?
“Burung Murai...”
-Burung apa?
“Pi, sekali lagi ko tanya, aku bagi penyepak sepam kat ko!” kata seorang kawan.
Inilah dia, 2 perkara penghalang anak muda berfikir, pada pendapat hamba yang lemah ini. Sekadar renungan dan kritikan kritis, yang semoga dengannya, akan mempromosikan budaya berfikir dengan betul di kalangan anak muda.
Wahai yang berfikir, mari kita sama-sama hayati kata Hamka,
“KITA BERSATU PADA URAT DAN PADA POHON. ADAPUN JIKA BANYAK CABANG KAYU ADALAH ITU ALAMAT SUBURNYA - Hamka

:::keharokkan apekah yang terjadi:::
apakah sudah terbuka minda anak2..kitalah yg mencorak minda kita berasaskan sumber ilmu yang utama iaituwahyu sbg panduan..jgn salahkan kami jika kami lesu..kerana kamu yg inginkan kami sebegitu
terima kasih kepada hafizudin salleh@apen..teman sperjuangan dari mrsmbpj yg telah memberi pendapat yg bernas tentang idea ini..
betol. aku tak tau asl. bnda ni mendalam actly...kn phm betul2. nway hamka mmg seorang pemikir yg hebat.
pemikr yang hebat sbb asanya aku pening sket nak paham, tp da pham. burung apa? burung tu laa~~!!